HULU SELANGOR: Tindakan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P. Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata tindakan politik tanpa hala tuju itu dipercayai dibuat selepas namanya digugurkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Ogos tahun lepas.
"Suruh pengundi tak undi calon Kerajaan Perpaduan (Pang Sock Tao) tetapi dia ada beri alternatif untuk undi siapa? Dia sendiri pun tak tahu dan tak ada alternatif. Dia kena ingat mengundi itu (adalah) hak warganegara dan kita yakin mereka (pengundi) bijak menilai.
"Dia bebas nak cakap apa tapi kalau kita ikut cakap dia, kita pun akan jadi sesat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan aktiviti kempen bersama Pang yang dipertaruhkan mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata tindakan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kempen Pang sebaliknya bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendapat respons yang baik setiap kali turun berkempen bertemu penduduk sekitar.
"Parti dalam Kerajaan Perpaduan juga membantu dan memberikan sokongan penuh, malah kita juga akan mula melakukan ceramah mega perdana dengan menampilkan nama-nama besar pimpinan dalam parti Kerajaan Perpaduan bermula Jumaat ini," katanya.
Pada Ahad lepas (28 April), media melaporkan Ramasamy yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang telah memulakan kempen dengan meminta pengundi di KKB menolak PH.
Dalam pada itu, Loke berkata PH hanya akan berkempen secara matang dengan mempromosikan calon berdasarkan fakta serta kemampuannya tanpa menjatuhkan maruah pencabar lain.
"Contohnya isu kelayakan akademik calon (Perikatan Nasional), bukan kita yang mulakan, netizen yang tanya menerusi media sosial dakwa kelayakan tidak sah, tetapi mereka cuba alih perhatian ramai dengan serang dan tanya kelulusan pendidikan calon kita pula dan kita jawab dengan fakta," katanya.
Pada PRK berkenaan, Pang ditentang oleh tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Loke bersama Pang Sock Tao (tiga, kiri) beramah mesra dengan penduduk tempatan pada program tinjauan mesra di pekan Kuala Kubu Baharu sempena kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini. - Gambar Bernama
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
ACL: JDT mahu balas dendam ke atas Kawasaki Frontale
Solari berkata beliau tidak bimbang sebaliknya yakin anak buahnya boleh menewaskan Kawasaki Frontale di laman sendiri apabila kelab Jepun itu mengalahkan mereka 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim.